Monday, July 16, 2007

Melaburlah Dalam Perniagaan Yang Sah


Saya yakin semua orang, khususnya pembaca blog ini adalah seorang yang positif dan sentiasa mencari-cari peluang untuk menambahkan pendapatan. Dengan keadaan ekonomi yang semakin meningkat, kos sara hidup juga turut meningkat. Ini bukanlah perkara luarbiasa tetapi merupakan kos yang perlu dibayar oleh kita untuk menjadi sebuah negara maju.Oleh itu tidak hairanlah apabila wujudnya skim-skim pelaburan internet yang tumbuh bagai cendawan di negara ini sejak beberapa bulan dahulu, ramai yang beralih arah ke skim-skim ini. Walaupun skim berkenaan mempunyai petanda yang jelas tentang niat tidak baik mereka iaitu tidak menyertakan alamat mereka beroperasi ataupun nombor telefon untuk dihubungi, namun masyarakat kita terus-terusan melabur di dalam pasaran pelaburan alam maya ini. Alasan untuk menyokong pelaburan mereka itu agak mudah iaitu pulangan yang terjamin tanpa perlu bersusah payah. Orang kita memang begini..., nak kaya cepat tapi tidak mahu berusaha. Namun dengan keluarnya fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan status haram pelaburan internet ini dan dalam masa yang sama Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan amaran dan juga senarai syarikat-syarikat yang dilabelkan sebagai pengambil deposit haram, pelaburan internet ini mula jadi tunggang langgang. Ramai yang dahulunya mendabik dada serta mencebik kepada syarikat-syarikat pemasaran berperingkat (MLM) yang sah, kini mula menikus apabila pelaburan mereka di skim-skim ini hilang begitu sahaja apabila laman webnya di tutup.Kini jelaslah, pelaburan internet yang dihebohkan itu adalah skim cepat kaya yang menipu para pelabur untuk kepentingan beberapa orang peneraju yang bersembunyi di sebalik laman web yang dibina khas. Ianya adalah skim cepat kaya umpama Skim Pak Man Telo. Bezanya, dulu Pak Man Telo menggunakan agen, kini mereka menggunakan alam cyber. Dengan terkuburnya skim-skim ini, saya ingin menggesa rakan-rakan saya untuk menyertai syarikat yang terbukti melahirkan lebih 23 orang jutawan dalam masa 2 tahun. Syarikat yang berlesen, beroperasi secara global, diuruskan oleh pengurusan yang berpengalaman dan professional serta sistem pemasaran hybrid yang unik. Ada yang telah mencipta pendapatan sehingga RM1 juta sebulan. Ini bukan dongengan, tetapi anda boleh membuat pemeriksaan sendiri dan membuat duplikasi diri anda untuk mencipta pendapatan yang sama. Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan e-dagang, silalah berhubung dengan saya di +6016-8303027. Ini adalah panggilan anda yang paling berbaloi....

No comments: